27 May 2014

Princess of the day... *Throwback


Salam!





Alhamdulillah. Sudah 2# tahun aku diizinkan Allah untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Selagi bernafas, aku cuba untuk baiki diri ke arah kebaikan dan selagi bernafas, aku cuba beri kebahagiaan. InsyaAllah. 


Whatsapp, mesej, instagram, facebook penuh dengan notifications. Terima kasih semua yang wish birthday dan mendoakan saya terutamanya family, kesayangan, kawan-kawan dan tak lupa jugak strangers. Terima kasih banyak-banyak. I really appreciate it. Dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua jugak.  :)








P/s : Growing older is compulsory. Growing up, however remains optional.  (^_^)




 

06 February 2014

Masalahhhhh...


Salam!






Hari demi hari. Umur makin meningkat. Masalah pun makin bertambah. Tell me masalah apa yang tak pernah fikir lagi. Family? Bercinta? Duit? Study? Kawan? Kerja? Semua kena fikir bila dah kian dewasa nie. 


That's why ramai orang dewasa yang nak sangat kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Senang. Tak payah fikir apa sangat. Fikir belajar dengan main je. Fikir yang happy-happy je. Tapi yang muda-mudi nie pulak sibuk nak cepat dewasa. Ehhh?


Kadang-kadang rasa penat sangat nak fikir masalah-masalah nie. Tambahan kalau semua masalah datang sekaligus or maybe datang bertimpa-timba. Serabutnya tak terkata. Aku pulak jenis tak boleh masalah-masalah datang macam tue. Nanti aku cepat stress. Phewwwwww.  =.="


Kadang-kadang rasa macam nak lari daripada semua masalah. Tapi persoalannya sampai bila nak lari? Hmmmm. Nak tak nak kena hadapi nya jugak. Hanya mampu memohon pertolongan dari Allah agar segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.


Kadang-kadang kita rasa kita hadapi masalah atau dugaan yang berat sangat. Tapi kita tak tahu. Di luar sana lagi ramai yang hadapi masalah atau dugaan yang berat daripada apa yang kita hadapi sekarang. Syukur apa adanya. Ingat, Allah takkan menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang hamba-Nya mampu.  :')



P/s : Life is beautiful, but it's complicated... :')



   


12 January 2014

Girls Before and After...


Salam!


Hari nie aku nak share something yang maybe berguna untuk rujukan kaum lelaki di luar sana. Sebab girls is so so complicated to understand. Kan? So, at least you know something from nothing. Hehehe.


First time aku baca info nie kat Facebook kot kalau tak silap. Tersenyum aku sorang-sorang. Sebab benda betul. Hahaha. Pandai orang yang create benda nie.  :)


Lets scroll down...














    


Rindu...


Salam!


Tatkala ini aku sedang membilang hari untuk last paper final exam. Tak sabar rasanya nak habis exam. Then, it will be two months without classes, assignments and also tests. Heaven.  :)


Hmmm. Tiba-tiba hari nie aku teringat kisah semester lepas. Lebih kurang minggu-minggu terakhir exam macam nie lah aku dapat berita sedih. Seorang sahabat yang aku sangat rapat, pergi buat selama-lamanya. It was really a hard time for me. Ketika itu, aku sedang berhempas-pulas untuk last paper final exam semester lepas. 1 Julai 2013. Akan aku ingat sampai bila-bila tarikh tersebut.


Entah kenapa tiba-tiba teringat tentang dia. Rasa sebak sangat hati nie. Air mata mengalir deras tak dapat lagi ditampung. Serius aku rindu sangat kat dia. Aku baru saja kenal dia lebih kurang empat bulan. Tapi betapa sayangnya aku kat dia dan betapa rapatnya aku dengan dia seolah-olah kami sudah kenal bertahun lamanya.


Aku selesa sangat berkawan dengan dia. Menjadi teman berbual ketika suka dan duka. Teman yang sentiasa memberi semangat ketika aku jatuh. Serius aku rindu. Aku rindu gelak tawanya dan aku rindu gurau sendanya. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku redha. 


Ya Allah. Aku bersyukur diberikan peluang untuk mengenali dia walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Aku bangga dapat mengenali seseorang sebaik dia. Aku hanya mampu kirimkan Al-Fatihah kepadanya sebagai pengubat rindu. 



Saya rindu awak, NKB.  Al-Fatihah.







 
     


 

   




30 December 2013

Good Luck ya!


Salam!


Dengan rasminya esok bermulalah final exam bagi pelajar UiTM dan mana-mana universiti yang sewaktu dengannya. Tapi final paper saya next year. Huhu. Jangan jeles.  :)


So, who you are and and where you are, I'm wishing you GOOD LUCK AND ALL THE BEST. Fighting!!  (^_^)






P/s : Usaha, doa, tawakal. :)



 

 

22 December 2013

Hello Instagram!



Salam!


Currently this is my obsession. Tak buka Facebook berhari-hari pun tak kisah. Tapi kalau sehari tak buka Instagram dan scroll down gambar-gambar rasa macam tak lengkap pulak hari aku. Heee.


Aku rasa Instagram nie macam somewhere yang kita boleh share every moments or experiences dengan kawan-kawan including public or maybe stalker. Hahaha. Kita share dengan orang. Orang pun share dengan kita. 


Instagram akan jadi lebih interesting with the caption. Simple word but meaningful. Tapi, kadang-kadang tak perlu nak tulis caption panjang-panjang macam karangan SPM. Sebab a picture can describe a thousand words. Dan bak kata Yuna, "There's is a song in every image."  :)