09 May 2011

Bamboo Beach Restaurant...

Salam!

Aku gi Langkawi melalui Kuala Kedah. Aku beli tiket feri pukul 3.30 petang. Sekarang harga tiket ke Langkawi dah RM 23 untuk dewasa. Err. Kanak-kanak tak perasan plaks harga dia berapa. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.


Aku sampai Langkawi dalam pukul 5 lebih larr. Pastu aku dengan mak aku gi cari kereta sewa. Senang sikit nak gi jalan-jalan. FYI, Langkawi cuma ada teksi sebagai public transport. Mana ada bas awam seperti bas Rapid ke apa ke. Setakat bas persiaran dengan bas sekolah ada larr kat Langkawi nie. Hehehe.


Pastu aku gi cari hotel plaks. Well. Langkawi nie banyak hotel. Jangan risau. Datang Langkawi boleh pilih je nak stay kat hotel mana. Hotel bajet (murah), hotel mahal semua ada kat sini. Tapi kalau datang time weekends or cuti sekolah, better booking dulu. Sebab ramai orang datang Langakwi time macam tue.


Transport dah setel. Penginapan pun dah setel. Next, of course lah gi makan plaks. Gila! Sehari suntuk aku dengan mak aku tak makan lagi tau. Tak sempat nak gi makan lorh. Rushing sikit. So, bila dah datang Langkawi nie, mak aku teringin nak makan ikan bakar. Aku on je lah. Pastu kebetulan family angkat aku free, so dia bawa aku dengan mak aku makan dekat BAMBOO BEACH RESTAURANT (area Penarak).




Perghhh! Suasana kat restoran nie memang terbaik lah. Sebab restoran nie terletak di tepi laut. So sambil makan sambil ambil feel suasana tepi laut. Owh ya. Kalau makan kat sini, kita boleh pilih ikan apa yang kita nak untuk menu kita. Tengok nie. Ikan-ikan dia pun semua fresh.




Yeah! Ini lah menu untuk makan malam kami.



Tomyam Seafood
Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Ikan Loban Bakar
Ikan Pari Bakar
Sotong Goreng Tepung
Kailan Ikan Masin


Makanan kat sini memang terbaik. So kawan-kawan, kalau gi Langkawi jangan lupa singgah makan kat sini ya. Terbaik dari ladang!! (^_^)


0 comments: