10 May 2011

Family Angkat...

Alang-alang dah datang Langkawi, aku pun ambik lah kesempatan nie untuk jumpa dengan family angkat aku. Aku rindu sangat nak jumpa ayah angkat aku. Dah nak dekat setahun dah aku tak jumpa. Susah betul nak jumpa ayah angkat aku nie. 2-3 kali jugak lah aku gi rumah ayah angkat aku nak jumpa dia. Tapi memanjang je dia tak ada. Tapi nasib baik sebelum aku balik, sempat jugak aku jumpa dia. Sempat sembang-sembang tanya khabar dengan ayah angkat aku.


Ayah.


Ejah.


Owh ya. Kali nie aku sempat ziarah kubur arwah emak angkat aku. Rindu sangat kat arwah. Dah hampir setahun arwah pergi meninggalkan kami semua. Setiap kali Mother's Day aku dengan abang aku akan call arwah utk wish. Tapi tahun nie semua tue dah tak ada lagi. Hanya Al-Fatihah dan doa sebagai pengubat rindu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yg soleh dan solehah. Amin.





P/s : Hati aku sebak bila tengok gulai ikan. Aku rindu nak makan gulai ikan yang arwah mak angkat aku masak.  (T_T)



0 comments: