05 August 2011

Kisah adik...

Gambar hiasan.



Kasihan adik.
Suatu hari, aku nampak adik muncul.
Adik berlegar-legar di hadapan sebuah bilik di Kolej Melati.
Aku panggil adik dan adik datang ke arah aku.
Ada sinar bahagia di muka adik.
Seolah-olah adik bertemu dengan ahli keluarganya.


Kasihan adik.
Kecil-kecil lagi dah berjauhan dengan keluarga.
Aku tak pasti sama ada adik tercicir dari keluarganya atau adik larikan diri.
Adik masih kecil lagi untuk belajar erti kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Adik tak pandai makan lagi.
Adik hanya tahu minum susu sahaja.


Kasihan adik.
Ramai yang tak sukakan kehadiran adik di sini.
Ramai yang cemburu dengan adik sebab adik selalu dapat perhatian.
Ramai yang suka buli adik.
Aku tao adik ketakutan dibuli.
Tapi maaf.
Aku tak dapat nak tolong adik.


Aku suka adik.
Adik sangat comel.
Adik kecil lagi.
Adik baru pandai berjalan.


Aku suka adik.
Bila aku panggil adik, adik akan datang.
Seolah-olah adik faham apa yang aku cakap.
Tapi bila adik dah datang dekat, aku lari.
Jahatnya aku buat adik begitu.


Aku suka adik.
Bila aku tidak boleh tidur, aku cari adik.
Kadang-kadang adik ada, kadang adik tak ada.
Risau sungguh aku bila adik tak ada.
Sebab adik tak pandai jaga diri lagi.


Adik bukanlah seperti yang anda semua sangka.
Adik jugak bukanlah seperti gambar yang di atas.
Adik yang dalam gambar tue bukan adik aku.
Tapi adik Si Dia.
Nak tao adik??
Nak tengok adik yang kecil comel tue??
Ce scroll bawah lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah adik.
(^_^)





P/s : Roomate aku panggil 'adik'. Aku lebih suka panggil 'nyiawwww'... =.="



 

2 comments: