19 August 2011

Turning back to Kuala Pilah...


Salam!


Hari Selasa yang lepas, aku dan warga TEXSAS gi UiTM Kuala Pilah. Bukan kena transfer balik ke sana. Tapi student Diploma Teknologi Tekstil UiTM Shah Alam dijemput ke Kuala Pilah untuk menghadiri program yang telah diatur oleh para junior Part 3 di sana. 


Rasa nyer semua yang terlibat sangat lah excited untuk ke sana. Maybe sebab almost 2 years kitorang dah tinggal kan Kuala Pilah. Sekejap je kan masa berlalu. Dah jadi senior rupa nyer aku skarang. Sobs sobs sobs.






First sekali program ialah presentation project prototype dari junior Part 3. Ada 9 atau 10 group tak silap aku yang buat presentation. Bagos gila. Diowg nyer prototype memang sempoi lah. Thumbs up junior!  =)




Selesai presentation, apa lagi aku. Sesi bergambar sana sini lah. Hahaha. Teringat plaks kenangan-kenangan lama aku waktu jadi sebahagian dari pelajar kat sini. Rindu sangat dengan suasana dan kawan-kawan di UiTM Kuala Pilah. =')











After rehat-rehat, program diteruskan lagi. Tapi kali nie senior plaks yang handle. Kitorang just buat simple game je. Sekadar meluangkan masa dan merapatkan silaturrahim dengan junior-junior. So, kitorang maen game 'Kotak Beracun'. Hahaha. So nasib lah kepada mereka yang kurang bernasib baek. Ada yang kena menari lah, menyanyi lah, berlakon lah dan macam-macam lagi.




Malam nyer plaks, kitorang ada Majlis Berbuka Puasa dengan junior. Alhamdulillah. Makanan nyer sodap-sodap belaka. Dulu masa time aku jadi junior, kitorang yang buat majlis dan jemput senior-senior dari UiTM Shah Alam. Pastu sekarang nie, turn kitorang plaks dijemput sebagai senior dari UiTM Shah Alam. Hehehe.










Majlis tamat sampai di sini sahaja. Lepas tue, aktiviti bebas. Ramai yang gi buat sesi jejak kasih dengan kawan-kawan lama diorang. Aku dengan beberapa orang je tak terlibat. Kenapa? Sebab mostly kawan-kawan lama kitorang dah tak stay hostel. Semua sewa rumah kat luar. Dan aku plaks. Semua kawan-kawan aku dah takda kat sini. Masing-masing dah bawa haluan sendiri di tempat laen.


So, kitorang gerak balik dalam pkl 10.45 malam. dan selamat sampai ke UiTM Shah Alam tepat pukul 1 pagi. Owh ya. Kami memang suka balik lewat-lewat nie. Hahaha. Takda lah. Gurau je. Ok lah. Sampai sini sahaja cerita aku. Daa!  (^_^)