27 August 2011

Window shopping for Raya...

Salam!


Last weekends aku spend time dengan mak dan abang tersayang aku. So, dah terjawab lah sudah segala pertanyaan. Maklum lah, siap ada orang kata aku nak spend time dengan boyfriend aku. Hahaha. 


So, hari tue aku dengan mak dan abang aku pergi Jalan Tunku Abdul Rahman. Pukul 11 pagi kitorang dah keluar dah. Perghhhhh. Dah ramai orang dah kat sana. Awal nyer diorang semua keluar?? Hahaha. Aku usha-usha je kat sana. 


Dah pening kat bazar tue, kitorang gerak ke Sogo plaks. Perghhhhhhhhhh! Lagi ramai orang! Macam semut dah aku tengok. Aku masuk Sogo pown sebab mak aku nak tengok hand bag. Aku sangat-sangat lah takda mood time tue sebab aku tak berapa nak sihat sangat. So, mood shopping tue kurang ada. Kalau aku tak demam, aku redah je lautan manusia tue. Hahaha.


At last, mak aku beli hand bag dan abang aku dapat advance birthday present. Aku?? Hahaha. Aku dapat hand bag baru. Tiap-tiap tahun aku beli hand bag. Tapi pakai nyer tak pown. Hahaha. Well, dah mak aku nak beli kan. Aku rembat saja lah. Orang cakap, rezeki jangan di tolak ye dak.  (^_^)


Keluar dari Sogo, mak aku nak gi beli tudung plaks, sakan mak aku borong tudung time tue. Bukan beli untuk pakai raya pown, untuk pakai harian je mak aku kata. Dah lewat-lewat petang sikit, demam selsema batok aku nie semakin parah. Memang aku takda mood langsung. Phewwww. Memang dalam hati tak sabar aku nak balik. 




Ramai kan??  =.='

Then, kitorang gerak balik dari situ dalam pukul 5 petang jugak lah. Aku masuk je dalam kereta, terus aku pejam mata nak tido. Sebab aku dah tak larat sangat dah. Even kat bazar Ramadhan pown, aku tak nak turun. Aku pesan makanan je kat mak dengan abang aku.


Kepada sesiapa yang nak shopping kat sana, aku saran kan kuatkan fizikal dan mental dulu ya. Sebab nak kena sesak-sesak dengan orang ramai. Phewww. Aku nie dah larr tak berapa nak tinggi. So, bila sesak dengan orang ramai aku nie paras ketiak orang je semua. Adoyai. Rimas betul  =.="


Big brother.  =)

Muka orang tak sihat.  =.="

           

2 comments:

ღ αεn ツ said...

Huuu, selamat sambut raya nanti!

TUNASYA said...

@ღ αεn ツ
terima kasih ya...
selamat sambut raya jugak... =)