12 September 2011

Mek kelate dari utagha??

Salam!


Hari nie aku nak share sikit pasal apa yang jadi kat aku 2 hari lepas. Semalam aku keluar gi top up kat kedai 7 Eleven kat Seksyen 7. Ce baca kat dialog kat bawah nie ya.


Aku  : Abang, top up maxis rm 10 satu dengan celcom rm 5 satu.


Cashier  : 10 rial sa, 5 rial sa?

Aku  : Ha'a.

Cashier  : Paham tak cakap kelantan nie? (dalam dialek Kelantan)

Aku  : Paham.


Cashier  : Orang Kelantan berlagak cakap luar (dalam dialek Kelantan <-- Abang cashier nie membebel sambil tekan mesin top up tue.

Aku  :  =.="

Cashier  : Bila nak belanja KFC nie? (dalam dialek Kelantan)


Aku  : Hah??

Cashier : Kan baru dapat duit pt (PTPTN) RM 2500 hari nie.

Aku  : Abang, saya nie dah nak abih blajaq dah. <-- Haaa. 
Keluar loghat utagha terus.


Cashier  : Hmm. <-- Sambil hulurkan top up.

Aku  : Terima kasih.  <-- Terus blah.



Bengang jugak aku dengan abang cashier nie. Dah larr kata aku orang Kelantan berlagak cakap luar. Hampeh terok abang nie. Aku pown pelik kenapa aku tak menjawab balik apa yang dia cakap. Pastu kenapa aku tak cakap yang aku nie bukan orang Kelantan. Aku orang Kedah.


Pastu abang cashier tue duk buat bajet macam kenal aku dah 20 tahun. Siap suruh belanja KFC bagai. Amboih. Banyak lemak dia? Nak friendly pown tak payah lah over sangat. Menyampah plaks aku. =.="


P/s : Cerita nie takda unsur racist ke apa eh. Jangan nak salah paham plaks.


    

0 comments: