28 September 2011

Perhatian kepada gadis-gadis diluar sana...

Salam!


Hari nie dalam satu hari aku dengar pelbagai perkara yang berlaku disekeliling aku. First pasal Kolej Jati UiTM Shah Alam terbakar dan second pasal Empire Gallery meletup. Nasib baek takda nyawa yang terkorban. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah search kat internet ya. Memang sekarang nie tengah heboh pasal tue.


Tapi entry aku kali nie bukan nak cerita pasal semua tue. Entry kali ini aku nak ceritakan pasal satu kejadian sebenar yang berlaku di SACC Mall Shah Alam semalam!


Gadis-gadis di luar sana terutamanya yang suka memakai skirt atau dress ketika keluar ke tempat awam perlu berhati-hati selepas ini ok! Kenapa?? Sila baca sampai habis ya. Tak rugi pown.







Semalam telah berlaku satu kejadian di mana seorang lelaki meletakkan alat elektronik (untuk merakam) di bawah skirt labuh yang dipakai seorang gadis. Gadis tersebut yang begitu khusyuk membaca sebuah buku pada mulanya mengingatkan lelaki tersebut merupakan salah seorang pekerja yang sedang menyusun buku di rak yang berdekatan dengannya. Ketika si gadis hendak membayar buku, dia terlanggar lelaki tersebut secara tidak sengaja. Tiba-tiba si gadis terpandang alat eletronik yang dipegang lelaki tersebut di bawah skirt labuhnya. 



Lelaki tersebut lari meninggalkan tempat kejadian tetapi dapat dikejar oleh si gadis. Si gadis sempat menarik baju lelaki tersebut dan bertanya apa yang lelaki tersebut lakukan di bawah skirtnya. Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. Si gadis berang dan memukulnya dengan buku yang dipegangnya. Tetapi malangnya lelaki tersebut sempat melarikan diri bersama alat eletroniknya. Si gadis terus membuat laporan di balai polis yang berdekatan.


Dah baca kan? Tengok zaman sekarang. Pakai skirt labuh ke skirt pendek ke semua nak skodeng. So, gadis-gadis di luar sana sila berhati-hati bila di kawasan awam. Sekarang nie macam-macam cara orang boleh buat untuk skodeng. Selalu aku dengar kes skodeng nie berlaku di tandas awam, fitting room dan sekarang kedai buku pown boleh!


Tao lah teknologi dah semakin canggih. Tapi tak payah lah nak tunjuk hebat dengan cara yang bodoh. Nampak sangat segelintir manusia sekarang nie dah tak bertamadun.  =.="


P/s : Peringatan untuk diri sendiri jugak.



 

8 comments:

MuHaiMan said...

teruknye, manusia zaman skrg ni. x de moral btul

Chuck said...

macam-macam hal. haha.

TUNASYA said...

@MuHaiMan
tue larr pasal...
takda keja betul...

TUNASYA said...

@Chuck
tao xpa... =.="

hani said...

dasyatnye...macam2 manusia skrg nih....huhu

TUNASYA said...

@hani
tue larr pasal...
macam2 betul skarang nie...
take care ok dear...

Putri Nur Shakira said...

HAHAHHAHAHHAHAHA!

TUNASYA said...

@Putri Nur Shakira
diam!
hehehe...