14 September 2011

Saya nak jual barang bukan nak berkenalan...

Salam!


Beberapa hari dah aku tak update blog sebab this week memang phewwww penat gila. Minggu nie larr nak hantar final project, minggu nie lah nak buat presentation dan minggu nie jugak lah nak adakan test untuk semua subjek. Hoii. Otak nie penat tao tak. Tapi macam mana pown aku kena bersabar.


Ok. Hari tue aku ada nak jual bag camera. So, aku ada advertise kat Mudah.my dan publish jugak kat blog aku. Guess what. Tak sampai satu hari aku advertise, ada orang mesej aku tanya pasal beg tue. Amboih cepat betul buyer nie.



Ok fine. Aku pown reply mesej dia. Buyer tue lelaki. Mula-mula cara dia mesej macam garang gila sebab dia ingat aku lelaki. Pastu bila aku cakap aku perempuan, terus tak garang. =.="  Then, ada larr beberapa perkatan yang ditaip oleh buyer tue yang membuatkan aku gelak ketawa suka hati. Ishhhh. Jahat betul aku. Tak baek gelakkan orang.  


So, malam tue jugak dia nak ambik beg tue kat aku. Memandangkan buyer tue datang luar dari Shah Alam. So, aku set kan tempat yang senang dia dan aku untuk jumpa. Aku dah risau sebab kena jumpa malam. Bahaya kot. Mana lah aku tao dia baek ke jahat. So, aku bawa lah 2 orang kawan aku teman.


Kitorang jumpa kat kedai mamak. Aku jumpa dia sekejap je. Aku just tunjukkan beg camera tue. Buyer tue check and bila dah dapat duet, aku cakap terima kasih dan aku pown terus lah mintak diri.


Pastu dalam 5 minit buyer tue hantar mesej kat aku. Dia cakap beg tue comel macam tuan nyer. ?? Pastu siap nak berkenalan bagai. ?? Adoyai. Aku nak jual barang bukan nak berkenalan larr bro. Esok nyer dia hantar mesej yang lebih kurang je sama maksud nyer. 


Haishhhh. Aku malas nak layan. Aku cakap je aku busy. Pastu dia siap boleh pesan lagi kalau aku free, mesej arr dia. Hahahahaha. Takda makna nyer lah bro. Tunggu lah sampai bila-bila pown. Hahahahaha. *ketawa jahat*



P/s : Camera bag Canon EOS already sold.



 

0 comments: