08 October 2011

Fish Spa...

Salam!


Hari tue aku dengan roomates aku keluar berfoya-foya kat KL sebelum pulang membawa diri ke kampung halaman masing-masing. First sekali kitorang gi Times Square. Owh ya. Nie memang hot spot bagi aku. Aku suka shopping kat sini. Bukan apa, kat sini baju dia cantik and murah. Sangat sesuai dengan jiwa remaja aku. (ewwwwww! hahaha!)


Aku tak rasa macam nak shopping pown on that day. Kitorang pown jalan-jalan cuci mata je lah. Hehehe. Then, tiba-tiba kawan aku yang sorang nie teringin nak buat Fish Spa. Idea yang menarik. Jommm!






Kedai nie aku tak ingat kat tingkat kat berapa. Tapi kedai dia kat hujung-hujung bangunan Times Square tue. Sorry aku tak dapat nak bagitau dengan lebih tepat. =.="   Emm. Hari tue aku buat fish spa kat sini lah. Kawan aku bodek-bodek aunty tue sampai dapat RM 10 untuk 30 minit. Hebat tak? Hahaha.


Haaa. Satu lagi korang jangan lupa kalau korang nak try buat fish spa, tengok saiz ikan dulu ok. Kot nanti diorang guna ikan yang besar-besar tue, alamat nyer hilang lah kaki korang. Hahahahaha. Takda lah. Aku gurau je. Ikan yang digunakan kat sini adalah selamat. Yang aku pasti diorang tak guna ikan pirana. Jangan risau. =P


Ikan-ikan yang digunakan.

Ok. Kalau korang first time try, benda nie memang macam menakutkan sikit. Aku yang dah beberapa kali buat fish spa pown still rasa takot jugak. Huhu. Mula-mula masa masukkan kaki dalam kolam yang dipenuhi ikan yang kelaparan nie, ikan rakus sikit datang dekat kaki dan gigit-gigit manja. Kaki akan rasa geli on that time. Tapi lama-lama sikit, ok lah. Hehehe.


Ikan nie akan datang dekat bahagian kaki yang ada sel-sel kulit mati. Time tue lah baru kita boleh tao bahawa kaki kita sangat-sangat banyak sel-sel kulit mati.  =.="


Ok lah. Cerita banyak-banyak pown tak best. Kalau korang rasa Fish Spa nie macam best, boleh lah try ya. Hehehe. Selamat mencuba!  (^_^)



     

2 comments:

Cik Shazie said...

tringin nk try tapiiiii geli! haha

TUNASYA said...

@Cik Shazie
best ooo cik shazie...
tapi tue larr...
memang geli pown...
hehehe...