27 October 2011

Fobia...

Salam!





Semalam berlaku satu kejadian di mana kereta aku (kereta ayah aku sebenarnya) hampir-hampir masuk longkang. Time tue aku nak lalu jambatan yang kecik. So, aku hampir terbabas. 


Hoi. Masa tue macam nak luruh jantung aku sebab bunyi kereta aku dasyat gila seolah-olah bahagian kanan kereta aku remuk teruk. Aku terus stop kereta kat tepi jalan dan check kereta. Aku check kat bahagian belakang dengan tepi takda apa-apa pown. Aku tak puas sebab bunyi kuat gila tadi. Aku check kat bahagian depan plaks. Alamak! I'm in trouble! Bumper kat depan terkeluar sikit!


Aku pown try lah nak masukkan balik bumper tue. Tapi tak boleh. Lepastu ada sorang abang nie datang kat aku nak tolong, pown tak boleh jugak. Sambil-sambil tue abang tue cerita kat aku. Dia nampak time aku tengah corner tadi, tayar belakang aku dah terjatuh sikit dalam longkang. Nasib baek aku tekan minyak so kereta aku tak terjatuh. Dia kata kalau aku stop tadi memang abis lah aku. Ya Allah, nasib baik aku selamat. kalau tak, tak tahu lah apa nak jadi.


Tiba-tiba datang sorang uncle cina nie datang tengok bumper kereta aku. Kebetulan kereta aku parking depan bengkel kereta. Uncle tue pown panggil kan mekanik datang check. Sekali je mekanik tue tekan terus ok bumper kereta. Fuhhh .Lega.


Nasib baek semuanya ok. Kalau tak, aku tak tahu nak cakap apa kat ayah aku. Bukan apa, masa aku nak keluar, ayah aku pesan bawa kereta elok-elok. Sebab kereta ayah aku baru je repair. Huhu.


Masa nak on the way balik, aku try sedap kan hati aku dan pura-pura macam tak jadi apa-apa, tapi tak boleh. Sebab jantung aku berdegup laju je. Dah sampai rumah and even time nak tido pown still sama. Agak nya aku fobia dan terkejut lagi kot dengan kejadian tue.


One more thing, masa aku keluar and ternampak ada kereta yang bumper kereta dia terkeluar. Automatik aku teringat apa yang jadi kat aku hari tue dan jantung aku pown berdegup laju.  =.="


Kejadian nie aku biarkan rahsia. Cuma aku, Si Dia dan kawan aku sorang yang tau. Tapi skarang aku dah post kat blog. Dah tak rahsia lagi dah. Hehehe.



P/s : Dear readers, drive safely ya. Jangan sampai jadi macam aku.  =.="



 

8 comments:

DRceria said...

relexx... tggu 3 bulan x drive, n u will rindu nak drive... :) chill..

sis92 said...

hati2 di jalan raya
anda mampu mengubahnya :)

TUNASYA said...

@DRceria
hehehe...
susah nak gerak gi mana2 kalau tak drive...
btw, thanks ya... =)

TUNASYA said...

@sis92
hehehe...
terima kasih... =)

Phat said...

hati2 pas ni ya

aisya said...

nasib baik x ape2 kan..

TUNASYA said...

@Phat
terima kasih... =)

TUNASYA said...

@aisya
Alhamdulillah...
nasib tak jadi apa2...