27 October 2011

Terima kasih encik kaunter pejabat pos...

Salam!

Hari nie pagi-pagi lagi aku dah keluar jalan kaki gi pejabat pos. Aku nak pos kuih raya kat Si Dia. Si Dia tiba-tiba mengidam kuih raya plaks. Hahahaha. So, aku just balut tupperware kuih raya tue dengan beg plastik je dengan harapan dekat sana nanti diorang sediakan sarung plastik untuk Pos Laju. Sebab sebelum nie aku pos barang kat kaunter UiTM Shah Alam, diorang sediakan.


Bila aku sampai kat kaunter, tengok-tengok encik yang jaga kaunter tue cakap sarung plastik tak disediakan. Perghhh. Aku dah gelabah tak tahu nak buat apa. Tak kan lah aku nak patah balik rumah, semata-mata nak masukkan kuih tue dalam kotak and then datang pejabat pos balik. Tak sanggup aku nak jalan kaki ulang-alik.


Lepas tue ntah macam mana kan, encik yang jaga kaunter tue tolong carikan kotak dan balutkan untuk aku. Tak sangka plaks aku dia nak buat macam tue. Tapi lega arr hati aku kan. Hehehe.


Masa aku nak timbang barang, aku cakap lah terima kasih kat encik tue sebab tolong aku. Then, ada sorang akak yang jaga kat kaunter sebelah jeling je. Mesti akak tue tak puas hati encik tue sebab tolong aku kan. Hahaha. Tak kisah lah apa-apa pown. Janji barang aku dah pos.


Tapi kan, satu yang aku tak paham. Ada jugak eh orang macam nie? Tolong orang lain pown kena jeling? Salah ke? Kan bagus niat nak tolong orang?  =.="



P/s : Pengajaran untuk diri sendiri. Sediakan payung sebelum hujan.  =.="

 

     
   

0 comments: