08 November 2011

Universal Studio... *Sci-Fi City*

Salam!


Kalau datang USS, aku rasa area Sci-Fi City kot yang paling orang excited. Sebab kat sini ada roller coaster. Tapi bagi aku takda lah excited sangat pown. Hahahaha. Gila riak nyer aku. Sorry ya ada auta sikit tadi. Hehehe.







Kat sini ada dua roller coaster. First yang warna biru tue nama dia Cyclon dan second yang warna merah tue nama dia Human. Mula-mula aku dengan abang aku naik Cyclon dulu. Abang aku cakap kali nie dia nak duk seat depan skali. Aku terus GULP!! Mati lah aku. Aku merayu-rayu dekat abang aku cakap takmo duk depan sekali. Aku takot. Lepas tue abang aku duk bising-bising cakap duk depan sekali lah best. Boleh nampak pemandangan. Perghhh. GULP!! skali lagi. Hahaha.


Masa time beratur aku dah takot tak tentu hala dah. Dah seram sejok satu badan. Otak aku duk pikir apa lah jadi kat aku bila duk seat depan sekali. Uwaaaaaaa. Then masa beratur tue, abang aku ada cakap yang roller coaster Cyclon nie bila kita baek kaki kita tergantung. So, kasut memang confirm arr kena buka kan. Kang tak pasal-pasal ada je kasut melayang kat situ. Hahaha. Bila dah nak sampai turn aku dengan abang aku naek roller coaster tue, baru aku sedar rupa-rupa nyer aku dah kena tipu dengan abang aku! Grrr! Kitorang tak duk seat depan pown. Lega hati aku. Fuhhhh.


Ok. Apakah perasaan aku time naek benda nie? Ya Allah. Aku sangat-sangat lah takot. Aku pejam mata je sepanjang naek roller coaster nie. Cuma certain time je aku buka mata. Tue pown sekejap je. Aku menjerit memang gila-gila lah time tue. Sampai keluar air mata kot. Sadis betul aku. Yang abang aku duk gelak je kat sebelah aku. Grrrr.


Serius gerun kot aku naik roller coaster nie. Aku rasa macam badan aku duk melayang-melayang je kat atas tue dan aku rasa macam nak terkeluar je dari tempat duduk roller coaster tue. Kaki aku menggeletar kot. Then, bila aku turun roller coaster tue, kepala aku dah pening-pening dah. Jalan pown dah tak berapa betul.   =.="




Dah takot naik roller coaster Cyclon tue, aku boleh gagah gi naik roller coaster Human nie plaks. Nie semua sebab terpedaya dengan abang aku larr. Hahahaha. Abang aku cakap roller coaster nie biasa je. Tak macam Cyclon tue. Sekali bila turn aku nak naik, baru aku sedar yang roller coaster tue cuma ada satu palang besi kat area perot. Bahagian atas free takda apa-apa pown. Korang boleh imagine tak?


Aku ingat kan roller coaster nie tak takot macam yang sebelum nie sekali ambik hang. Sama takot je dua-dua roller coaster nie. Yang Human nie pown aku rasa macam melambung-lambung je kat atas tue. Abang aku apa lagi, gelak kat aku je lah kerja dia. Uwaaaaaaaa.


Lepas naik roller coaster nie, aku rehat jap dalam 10 minit. Sebab aku dah pening-pening dah. Air mata time menjerit kat roller coaster tadi pown still bertakung lagi. Sobs sobs sobs.



Owh ya. Selain roller coaster, kat Sci-Fi City nie ada Accelerator. Benda nie macam cawan yang pusing-pusing tue. Budak-budak je naik benda nie. Hehehe.




P/s : Aku rasa kalau korang naik roller coaster nie ok je kot. Aku nie je yang lemah sikit bab-bab nie. Hehehe.



   
 

0 comments: