13 March 2012

Lost World of Tambun...


Salam!


Hari Khamis hari tue aku dengan kawan-kawan aku plan nak pergi mandi-manda dekat Lost World of Tambun. Walaupown cuaca hari tue tak berapa nak mengizinkan, tapi kitorang tetap dengan plan kitorang. Hehehe. Dan yang pasti, sekali lagi GPS kawan aku menipu kami berempat.  =.="



Oleh kerana kami ditipu oleh GPS tue, kitorang sampai lewat sikit dari yang dirancangkan. Hahaha. Tapi kira ok lah kan dari tak sampai langsung. Masa kitorang sampai tue cuaca cerah lagi. Kitorang terus pergi kaunter sebab dah tak sabar nak mandi-manda. 


Harga tiket untuk dewasa ialah RM 45 dan untuk kanak-kanak plaks RM 38. Errr. Kalau tak silap aku dulu harga murah sikit kot. Dan yang pasti makanan dari luar tak boleh bawa masuk. Sebab nanti ada satu kaunter yang akan check semua beg korang. Memang orang tue check sampai dalam-dalam ok. You better careful with them. Hehehe.



                                          
Kitorang sempat naik kapal terbang pusing-pusing tue dan yang pelik nyer aku tak pening plaks. Hehehe. Lepastu elok kitorang siap sedia nak pergi mandi, hujan dah mula turun. Alaaaaaaaaa. Tapi kitorang tetap bermandi-manda seolah-olah hari tue tak hujan pown. Macam budak-budak je! Hahaha.


We had so much fun there! Aku suka sangat naik 2 jenis gelongsor yang ada kat sana. Setiap gelongsor aku naik 2 kali. Kalau ikot kan, aku nak naik banyak kali lagi tapi aku tak larat lah nak angkut pelampung dari bawah sampai atas. Hehehe. Hujan ke tak hujan ke kitorang redah je. 


Kat sana actually ada macam-macam tempat lagi cuma kitorang tak sempat nak explore sangat sebab hujan je petang tue. Dan yang paling sedih, aku tak dapat nak tangkap gambar around Lost World of Tambun tue. Sobs sobs sobs. Takpa. Aku akan pastikan aku akan datang sini lagi. Hehehe.


                         


Owh ya. Masa aku masuk toilet kat sini, aku pelik. Sebab toilet dia half open air. Hahahaha. Aku tak tao nak describe macam mana. Nanti kalau korang pergi, korang tao lah. Hahahaha.







So, thank you so much girls! Harap kita dapat luangkan masa bersama lagi ya. Next vacations plaks ya. :)



P/s : Kalau nak pergi mandi- manda, kat sini tak boleh pakai seluar track suit or any seluar yang ada zip tao. Take note about that.





    
    
    


4 comments:

gnesop said...

dah lama x gi.. last tahun 2008 kot...

TUNASYA said...

@gnesop
wahhhh...
saya baru tao tempat tue wujud... ;)

Geelong Dentists said...

nice post... visiting here again. Smile!!

TUNASYA said...

@Geelong Dentists
thanks... :)