23 May 2012

Kueteow Sup Taman Nuri...


Salam!


Hari tue cousin aku bawa aku pergi makan kueteow sup. Ok fine. Aku terus rasa nak makan dan makan lagi. Ketagih lah plaks.  =.="


Aku pergi makan kat gerai je pun. Tak mampu nak pergi restoran yang mewah-mewah tue. Huhu. Ok lah back to topic. Gerai kueteow sup yang aku cakap nie kat Taman Nuri, Alor Setar. Gerai dia kat area tapak pasar malam. Memang terbaik lah kueteow sup dia. Orang-orang Alor Setar boleh lah pi try ya.



Kat gerai nie ada beberapa pilihan selain dari kueteow sup. Ada mee sup, ada bihun sup dan ada jugak maggi sup. Kau lau sup tue aku tak tau rupa dia macam mana. Hehehe. 



Tadaaa! Nie lah rupa kueteow sup yang aku order. Kueteow sup tak mau sayur. Then, kena letak serbuk cabai dia sikit kasi pedas. Hehehe. Dan yang pasti hari tue aku order kueteow sup extra tao. Hahaha. Serius aku lapar kot time tue. Sanggup tak makan time kerja semata-mata nak makan kueteow sup lepas balik kerja. Hahaha.



Owh ya. Aku order air sirap je pun. Time panas-panas pastu minum plaks air sirap. Perghhh. Memang terbaik lah. Feeling macam kat kenduri pun ada. Hahaha. Yang warna hijau tue cousin aku kata nama dia air sirap hijau. Aku tak tau rasa dia macam mana. Next time boleh try. Hehehe.



See. Aku dah cakap kan aku lapar gila. Sampai cousin aku snap gambar aku pun aku tak perasan. Hahaha. Harap badan je kecik tapi selera makan...ishhh ishhh ishhhh FULL STOP.  :D



Ok fine. Lepas makan kueteow sup, cousin aku bawa gi makan cendol plaks dekat area Mergong kot. Ada lori kecik kat depan Savecost tue. Hahahaha. Memang selera makan aku boleh tahan dasyat jugak hari tue. Apa nak jadi nie hmmm hmmm.


Sampai sini je sesi makan-makan aku. Alhamdulillah. Gembira perut aku hari tue sebab kekenyangan. Hehehe. Perot aku kenyang sampai esok tengah hari plaks tao. Serius aku tak tipu. Tapi perut aku lah. Perut korang tak tau lah macam na kan. Hehehe.


P/s : Sapa nak gi makan kueteow sup, boleh ajak aku skali ok. Hahaha.  :D


    

2 comments:

sis92 said...

arrggh lapar2

ili said...

terliur tengok cendol yg colourful tu~~~