26 July 2012

Apa yang dikejarkan?


Salam!


Sumber : Google Images


Derma/sedekah membawa maksud pemberian yang ikhlas berupa wang atau lain-lain kepada golongan yang memerlukan. Sesiapa yang menderma/bersedekah di bulan Ramadhan, Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.


Tetapi apa yang aku lihat dan hadapi sekarang, niat untuk meyalurkan derma macam dah tersasar jauh. Sepatutnya kita berlumba-lumba kejarkan pahala yang berlipat kali ganda dengan rasa rendah diri. Bukannya berlumba-lumba kejarkan ranking siapa yang lebih banyak dapat meyalurkan derma dengan rasa bangga dan semata-mata untuk mendapatkan nama dan pujian.


Kalau niatnya menyalurkan derma itu ikhlas, aku sudi untuk menghulurkan bantuan. Tetapi kalau niatnya dah tersasar macam nie, serius aku tak minat. Masih ada banyak cara lain lagi untuk dapatkan ganjaran pahala.


P/s : Peringatan ini untuk diri aku sendiri jugak. 


             


3 comments:

seeha said...

bagus la entry ni..bnyk faedahnya kita bersedekah ni.

LOLA said...

bersedekah amalan mulia..byk pahalanya nie..

dEdEQ dE wIshEs said...

(^_^)