31 July 2012

Resign...


Salam!




Kelmarin hari terakhir aku bekerja. Dan hari nie hari terakhir aku bercuti sebagai staff 7-Eleven. Dan mulai esok I'm officially resign. So, tamatlah sudah penggunaan nickname yang kawan aku bagi "Miss 7E". Hahaha.


Banyak perkara yang aku dah belajar dan hadapi sepanjang aku bekerja di 7-Eleven. Pengalaman pahit manis semua ada. Dan yang paling penting, aku dapat ramai kawan baru. Sekarang aku pergi mana-mana mesti ada jumpa orang yang aku kenal. Oh ya. Alor Setar nie bukan besar mana pun. Pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak kan. Hehehe.


Sebelum nie aku bekerja dengan sepenuh jiwa raga dan boleh dikatakan 7-Eleven tue dah macam rumah kedua aku. Ye lah. Banyak habiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah. Hehehe. So, bila dah berhenti kerja nie boleh lah aku spend time dengan family dan kawan-kawan aku pulak.


Oh ya. Dah tak lama dah aku nak sambung belajar pulak. So, banyak benda yang harus aku selesaikan dalam masa yang sama. Semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah. Amin.  :)


P/s : Selamat tinggal 7-Eleven.  :')



          

1 comments:

Cik Yaya said...

bekerja memg bnyk pglman yg akn kita dpat...yg manis n yg phit.. ^_^
(teringat mase yaya keje kt KFC dulu...hehe)