11 September 2012

Introduction of New and Current Life...


Salam!


Setelah bercuti panjang selama 6 bulan, Alhamdulillah. Umur aku masih panjang dan masih ada rezeki untuk kembali ke UiTM Shah Alam. Cuma kali nie aku kembali sebagai pelajar DEGREE. Hehehe.


Banyak jugak perubahan yang berlaku semenjak jadi pelajar degree nie. Kawan-kawan kelas of course dah tukar. Banyak kawan aku dah tukar course. Dan yang pasti aku sekarang sekelas dengan pelajar-pelajar muda. Ye lah. Diorang lepasan matriks or asasi. Aku nie lepasan Diploma.


Masuk je kelas dah boleh agak dah. Mana satu pelajar-pelajar muda dan pelajar-pelajar tua dewasa. Sebab  masing-masing duduk dengan geng masing-masing. Perkara biasa lah tue kan. It happens everywhere. Kan?


Tapi satu je yang agak mengganggu fikiran aku. Saingan pembelajaran pun mesti hebat-hebat belaka nie. Fuhhh. Kena study hard lah pasni. Hahahaha. Hard lah sangat kan. =.="  Tapi harap-harap aku boleh get along dengan cara diorang belajar. Amin.


Next, the best part, masa first day aku pergi fakulti aku jumpa ramai kawan-kawan aku masa kat UiTM Negeri Sembilan dulu. Nice to meet them again. Hehehe.


Dan part yang paling best, aku jumpa dengan best best friends aku balik. Setahun tak jumpa tue banyak betul benda yang kitorang nak cakap-cakap kan. Hehehe. Walaupun diorang dah tukar course, tapi kitorang still lepak-lepak sekali. 


Tapi serius rasa awkward sikit bila diorang tak lagi sebilik dan tak lagi sekelas. Rasa macam hidup kurang lengkap. Hewhewhew.




P/s : Ada sesiapa tak yang belajar kat UiTM Shah Alam? Meh larr kita berkenalan. Hehehe.



   

1 comments: