02 October 2012

Aku kan hebat... =.="


Salam!





Hmmm. Hari nie tak pasal-pasal kepala aku pening siap ada bintang-bintang atas kepala tue tao. Kenapa? Aku kan hebat. Hehhh. Hebat lah sangat. Sebenarnya tadi aku sengaja terlanggar side mirror kereta Alphard.  =.="


Sakit dia jangan tanya macam mana. Sebab sampai sekarang kepala aku rasa berdenyut-denyut lagi. Bergegar jugak lah otak aku nie sekejap. Eh tak sekejap sangat, lama jugak lah. Tapi harap-harap semua ok. Takut pulak aku if something comes up lepas terhantuk nie. Gulppp.


Nie lah akibat kalau buat kerja rushing-rushing. Mata macam letak kat lutut. Padan muka aku.  =.="   Punya lah besar kereta Alphard tue aku boleh tak nampak. Hahaha. Aku rasa salah kereta tue jugak arr. Kenapa side mirror dia sama tinggi dengan aku? Lalalala.



P/s : Harap-harap esok kepala nie dah tak berdenyut-denyut. Sakit.  :(




   




1 comments:

hnahdy said...

side mirro ok? hehe tanya side mirro plak. keta mewah kan..