13 October 2012

Seoul Garden...


Salam!


Terasa diri aku nie macam chipsmore pulak. Kejap ada kejap takda. Hehehe. Maaf lah. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. And degree life is not as easy as diploma life.


Tapi dalam sibuk-sibuk dengan quiz dan assignment yang bertimbun-timbun tue, sempat pulak aku dengan kawan-kawan aku pergi ke Setia City Mall. Heeee.  ;)


Niat dihati nak celebrate birthday kawan aku kat Hotel UiTM je. Lepas tue ntah macam mana ntah boleh tersasar ke Setia City Mall. Agak nyer sebab masing-masing teringin nak try makan kat Seoul Garden kot. 
Hehehe.


So, nie lah pricing kat Seoul Garden. Sesiapa yang bergelar pelajar tue jangan lupa bawa kad pelajar ya. Sebab nanti boleh dapat student price. 




One more thing, kalau rasa nak makan Seoul Garden, better pergi awal dan pastikan perut memang betul-betul lapar. Nak makan pun kena slow-slow dan relax je. Jangan gelojoh sangat nak makan semua benda yang ada. Nanti kejap je rasa dah penuh and dah kena stop makan. Pastu nanti rasa macam tak berbaloi dengan apa yang dah dibayar.




Hari tue aku dengan kawan-kawan aku pergi time malam. Dalam pukul 9 macam tue lah. So bayangkan lah 9.45 malam kiosk makanan dia dah nak tutup. So, kitorang kena ambik mana-mana makanan yang berkenan di hati siap-siap. Pastu rushing-rushing je time makan tue. Nak posing-posing pun tak berapa nak sempat sangat. 


Lepas masing-masing gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, aku dengan kawan-kawan aku pun lepak lah sekejap kat playground. Malam tue memang aku dengan kawan-kawan boleh buat relax je padahal masing-masing ada banyak kerja yang kena disiapkan. Heeee.




So, sampai sini saja entry aku. Dan yang pasti aku sangat tak puas hati dengan jumlah gambar yang diambil. Gambar makanan banyak tak sempat nak ambik. So, tak dapat lah nak tunjuk dengan lebih detail suasana di Seoul Garden. Maaf ya.  =.="  Haaaa. Maybe aku akan pergi makan kat sini lagi. Cuma tak pasti tarikh dan masa je lagi. Heeee.


And last but not least, haruslah menempek gambar tuan blog besar-besar. Tapi something wrong somewhere dengan gambar nie. Sila abaikan extra props kat belakang tue.  =.="  Ok lah. Jumpa lagi. Daaa!   :)








    




1 comments:

Ammelia Yusoff said...

teringin sangat pegi seoul garden ni :)