12 November 2012

Food Festive Fever...


Salam!


Sorry for the late. Broadband aku lately nie macam jeles dengan aku je. Heee. So, sebenar nyer aku nak cerita. Hari Sabtu hari tue aku pergi Tasik Titiwangsa. Pergi makan free wa cakap lu. Sapa tak nak kan? Tengah sibuk-sibuk buat assignment terus jadi tak sibuk. Hahaha.


Event nie abang aku yang invite. Kolej tempat dia mengajar yang buat. Event tue guna konsep kupon. So memandangkan abang aku ada kupon banyak. So, dia bagi lah aku. Baik kan abang aku? I love you abang!! Heee.



Event tue start pukul 9 pagi sampai 2 petang je. Tapi aku sampai sana agak lewat sikit. So menu untuk breakfast dah tak banyak sebab diorang nak set up untuk menu lunch pulak. Tapi aku sempat jugak lah makan Egg Mayo Sandwich sebagai alas perut. Quite tasty tapi aku lebih suka kalau ada cili sos. Hahaha. Sebenar nyer aku teringin nak makan pancake. Tapi malu nak beli.  =.="




Nak dekat pukul 1 baru menu lunch start. Macam-macam ada. Nasi ayam, spaghetti, kueteow, bihun, mi, cendol, cake dan burger. Aku tak sempat nak cuba-try-test semua. Sebab perot aku dah kenyang lepas makan nasi ayam. Tue lah. Aku tak susun strategi betul-betul. =.="







Dan yang paling aku terkilan sekali, aku tak sempat nak cuba-try-test burger bakar dia. Serius nampak macam sedap gila. Comel je burger bakar dia kecik-kecik. Tapi nak buat macam mana. Orang ramai kot serbu booth tue. Dan pada masa yang sama aku dah siap-siap nak balik.  =.="


Lepas meng-gemuk-kan diri, aku dengan kawan aku pergi jalan-jalan kat Plaza Low Yat dengan Sungei Wang. Serius hari tersebut baru aku rasa hari paling indah sebab boleh jalan-jalan cuci mata setelah sekian lama berkurung kat kolej time hujung minggu. Nie semua salah assignment dan lab report yang bertimbun-timbun tue. Sabor je lah.


Dan saat nie aku rasa indah jugak sebab aku dah siap semua assignment aku. Aku akan pastikan minggu nie hidup aku dipenuhi bunga-bunga kegembiraan. Hahaha. Ok lah. Till here. Daa! (^_^)


Muka kekenyangan.  (^_^)







 

0 comments: