10 November 2012

Hectic Week...


Salam!


Hihihihihihi (gelak sopan). Last update blog 2 minggu yang lepas. Macam chipsmore je aku nie. Kejap ada keja takda. Heeee. Banyak benda nak cerita tapi cerita dah jadi pekasam dah. Terus malas nak cerita dah. Hahaha.


Emm. Hari nie baru aku rasa nikmat REHAT. Bayangkan lah selama seminggu nie, hari-hari aku ada test. Phewwww. Serius otak aku nie rasa berat sangat. Dan segala tindakan dan percakapan aku tak sama dengan apa yang otak aku fikir kan. 


Serius aku rasa dalam minggu nie, aku macam jadi orang lain. Aku jadi "pending". Aku jadi blur. Aku jadi lurus bendul. Apakah nie? Nampak sangat aku nie dalam keadaan stress yang tahap melampau. Heeee. Bayangkan lah. Aku nak balik bilik sendiri pun tak ingat jalan mana. Melampau sangat kan? Bila fikir-fikir balik. Macam lawak pulak.   =.="


Malam nie buat assignment sikit-sikit tapi dalam mood santai. Penat lah aku kalau hari-hari nak kena fokus. Hehehe. Tapi kalau boleh dan kalau sempat lah, aku nak siapkan je terus. Sebab esok aku ada agenda lain. Hehehe. Agenda apa? Tunggu esok aku update.  ;)







         P/s : Life is hectic these days.