16 February 2013

Hey Hey Keputusan Exam...


Salam!





Keputusan untuk pelajar ijazah UiTM dah diumumkan pada 15 hb yang lepas. Hilang sudah lah segala resah dan gelisah yang wujud dalam diri aku disaat menunggu email dari UiTM. Tak larat nak refresh mailbox dah. Kawan-kawan yang lain pun mesti sama macam aku jugak kan? Hehehe.


Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan keputusan exam yang aku dapat. Target aku untuk exam hari tue hanya lah untuk lulus semua subjek memandangkan ada beberapa subjek yang mampu "membunuh" aku. Hehehe. Dan alhamdulillah sekali lagi sebab keputusan exam aku sangat-sangat lah diluar jangkaan aku.


Tahniah ya kawan-kawan atas keputusan exam yang anda dapat. Bersyukurlah dengan apa jua keputusan yang kita dapat. Next sem kita berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh ya.


Oh ya. Rasa macam nak share something. Aku selalu perasan situasi ini sentiasa berlaku terutamanya time keputusan exam diumumkan.


Orang yang markah/pointer tinggi sibuk sana sini nak tanya markah/pointer orang lain. Be careful dear. Mungkin niat anda sekadar ingin tahu. Tapi orang lain mungkin fikir anda "annoying", "kpochi", "menunjuk-nunjuk" dan "berlagak hebat". Trust me. Aku pun pernah hadapi situasi macam ini. Relax-relax sudahlah. Tak perlu nak tanya result sekampung kan.  :)


Dan bagi orang yang markah/pointer rendah pula mesti sibuk nak melarikan diri dan menyepikan diri dari kawan-kawan yang lain. Atas alasan MALU sebab tak sehebat kawan-kawan yang lain. Terus M.I.A. (missing in action). No No No. That's not good dear. Think positively. Ini bukan penghujungnya lagi. Sem depan boleh usaha untuk yang terbaik. Then, boleh bersaing dalam pelajaran secara sihat. Kan?  :)


Percayalah. Allah dah tentukan rezeki masing-masing untuk setiap manusia. Jangan bersedih dan mengeluh. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah.


So, apa yang aku share ini hanyalah berdasarkan pemerhatian dan pendapat peribadi aku. Maaf kalau ada salah atau terkasar bahasa.



P/s : Rasa macam nak beli hadiah untuk diri sendiri. Hehehe.  (^_^)




  


0 comments: