20 February 2013

Perasaan diri sudah gemuk itu sudah muncul... =.="


Salam!


Setiap kali tengok cermin mesti cakap macam nie sorang-sorang. "Eeeeeeiii. Dah gemuk lah!" ataupun "Huwarghhhhhh. Chubby nya pipi". Boleh dikatakan hari-hari lah aku cakap benda yang sama.


Rasa diri nie dah gemuk. Tapi aku langsung takda inisiatif untuk mengamalkan diet seimbang ataupun bersukan. Lagi bernafsu nak makan dan lagi malas nak bersukan ada lah. Hahaha.


Dalam list "What to do" untuk semester baru yang bakal menjelma nie dah ada tulis perkataan bersukan/berjogging. Harap-harap dapat dilaksanakan. Tak nak lah macam semester lepas. Kelengkapan sukan semua dah cukup dan serba baru. Malangnya, hanya bersukan/berjogging di dalam bilik di atas katil sahaja. Well done.  =.="


Harap-harap semester akan datang nie tak sepenat macam semester lepas. Fuhhh. Penat weih semester lepas. Sebab tue lah terpaksa cut off waktu untuk beriadah. Hehehe. 


Nie gambar paling latest aku share. Tolong jangan fokus bahagian badan sebab kurang nampak effect gemuk nya. Sila fokus di bahagian muka di mana pipi semakin membulat atau nama saintifik nya chubby. Sobs sobs sobs.  ;')








P/s : Gambar bajet beriadah kat Tasik Darulaman, Jitra. Riadah lah sangat kannnn. Hehehe.  (^_^)




   
     

3 comments:

Miss sYiDa said...

alamak!!da dekat..huhuhuhuuuu

Miss Xyz said...

comel apa pipi tembam. senang nak cubit, hihi

Zana Hassan said...

oke la pipi tembam :)