11 May 2013

City of Digital Lights...


Salam!




Last week aku dengan kawan aku pergi City of Digital Lights. Atau lebih dikenali sebagai i-City. Perghhh. Aku tak tahu lah ni kali ke berapa puluh ratus aku pergi i-City. Dari time aku diploma sampai lah sekarang aku sambung degree i-City tetap dihatiku. Hahaha. Dari i-City tue baru buka setakat ada lampu-lampu semata-mata sampai lah sekarang dah ala-ala mini theme park siap ada water park bagai aku tetap setia pergi i-City.


Aku suka pergi sana. Aku suka tengok lampu-lampu dia yang warna-warni tue. Serius cantik. Rasa tenang je tengok lampu-lampu tue. Hehehe. Lepas tue, aku suka duduk sambil tengok ragam orang ramai kat situ. Macam-macam ada!













FYI, kat kawasan i-City nie parking berbayar. Kereta RM 10 dan motosikal RM 2 atau RM 3 kalau tak silap aku. Kalau nak jimat, parking je kat area bawah kat tepi-tepi jalan then jalan kaki masuk i-City. Takda lah jauh mana pun.


Nak datang i-City, bateri camera dengan bateri handphone sila charge bagi penuh ya. Takut nanti tengah seronok-seronok snap picture sana sini tiba-tiba bateri habis. Tamat sudah kegembiraan. Hahaha. 








Time weekend memang ramai lah kat sini. Rugi ooo siapa datang Shah Alam tak singgah ke i-City. Hehehe. Datang jangan tak datang! (^_^)



P/s : Minggu depan aku plan nak pergi usha Trick Art Museum. Hehehe. :)



      




0 comments: