24 June 2013

Jerebu oh Jerebu...


Salam!


Hari nie merupakan hari ketiga Shah Alam dilanda jerebu. Apa yang pasti, jerebu semakin teruk. Aku dah pun alami sedikit sebanyak kesan dari jerebu nie. Kepala aku pening, mata aku pedih, tekak aku sakit dan hidung aku berair. Aku dah boleh bayangkan macam mana keadaan di Johor. Hmmm.





Risau aku dengan keadaan jerebu macam ini. Sebab hari Rabu nie dah start final exam. Kalau sakit-sakit macam mana nak fokus untuk final exam? Ya Allah, mintak dijauhkan semua tue. Amin.


Orang cakap time jerebu kena kurangkan keluar rumah. Tapi aku memang tak boleh lah kalau tak keluar. Habis tue aku nak makan apa kalau tak keluar? Larat nak makan maggi je kan. Nak tak nak aku kena jugak keluar pergi beli makan atau apa-apa barang keperluan.


Start hari nie aku dah pakai face mask bila keluar. Untuk keselamatan dan kesihatan diri sendiri. Lantak arr rupa aku time pakai face mask macam ultraman ke macam raksasa ke. Eh, comel apa! Hahahahaha. :D


Wear it right.



P/s : Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala.  






     



3 comments:

my notes said...

sekrg nih pun dah terfikir nak simpan stok dapu banyak2 bimbang bila tiba masa nak beli dah x de apa kat pasar lak ... heheheee

siti ZAHARA said...

jgan lupa minum air byk2..=D

Sop said...

hari ni dah ok sket kat KL