09 June 2013

Rasa ini membunuhku...


Salam!


Memendam rasa itu perit kan? Tak kira memendam rasa sayang ke cinta ke marah ke tak puas hati ke apa ke. Tapi, yang pasti memendam rasa itu sakitnya seperti hati nie ditusuk-tusuk. Perghhhh. Ayat dramatik gila. Hahaha.  :D



Aku jenis orang yang suka memendam. Jarang untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Aku rasa awkward sangat kalau aku luahkan apa yang terpendam. Hanya orang yang terpilih dan orang yang bernasib baik je boleh tahu.



Tapi, sangat lah tidak bagus mempunyai sikap memendam nie. End up nanti diri sendiri yang makan hati. Macam aku nie. Haihhh. Nak ku luahkan tak sampai, terpaksa lah memendam rasa. Perghhhh skali lagi. Kalau cikgu BM aku baca blog nie, menangis dia aku buat ayat dramatik macam nie. Hahaha.



Sekarang ini aku ada lah jugak memendam satu rasa yang tersirat. Tapi tak banyak sangat. Sikitttttt je. Sikit lah sangat kan. Tapi macam biasa lah. Aku masih belum mampu nak luahkan. Biar lah waktu yang menentukan segalanya.








P/s : Rasa ini membunuhku inspired by lagu D'Massiv : Cinta ini membunuhku.  :)