01 July 2013

Perginya seorang sahabat... :'(


Salam!


Cuaca pagi ini mendung diikuti hujan renyai-renyai. Suasana rasa begitu sayu seperti mana hati dan perasaan aku. Air mata tak berhenti mengalir di pipi tiap kali aku teringat tentang kamu sahabat. Pagi tadi, salah seorang sahabat (roomates) aku telah kembali ke rahmatullah. Jantung ini seperti berhenti berdegup seketika tatkala mendengar berita itu. Sungguh diluar jangkaan. Tapi ini semua kuasa Allah. Tiada yang boleh dipertikaikan.


Sampai sini saja hubungan persahabatan kita. Allah lebih menyayangimu, sahabat. Tetapi, aku masih merasa kehadiranmu disisiku. Masih terngiang-ngiang suaramu di telingaku. Sungguh aku terkilan. Niat untuk menziarahimu tidak kesampaian. Hanya doaku sahaja yang mampu mengiringi pemergianmu sahabat. Ya Allah. Aku harus tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.






Nur Khairul Bariyah,


Pergimu tiada ganti.

Senyuman manismu sentiasa dihati.

Kenangan bersamamu akan sentiasa diingati.

Budi baikmu akan ku kenang sampai mati.

Sayunya hati aku hari ini.

Cuaca mendung seolah-olah faham rasa ini.

Semoga kamu tenang di sana sayang.

AL-FATIHAH.






    



2 comments:

siti ZAHARA said...

al-fatihah untuk arwah..semoga ditempatkn bersama2 owg yg beriman..

kwn ucu said...

al-fatihah..tentu banyak kenangan bersamanya..