19 July 2013

Salam Ramadhan...


Salam!


Alhamdulillah. Hari nie dah masuk Ramadhan yang ke 10. Aku dah beberapa hari dah balik ke negeri Jelapang Padi. Baru baik dari jet-lag nie. Cehhh. Jet lag sangatttt kan. Ini semua poyo. Hahahaha. 


Cuti semester baru seminggu. Tapi aku dah rasa macam lama sangat dah. Rasa macam boring pun ada jugak. Haihhh. Manusia macam nie lah. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. Bila belajar nak cuti. Bila dah cuti cakap boring pulak.  Ini peringatan untuk diri sendiri ya. Heeee.


Cuti ini aku harap dapat buat proses 'recovery' untuk diri sendiri iaitu dari segi fizikal dan mental. Harap-harap keadaan murung dan emosi tak stabil boleh pulih seperti sedia-kala. Selain itu, proses 'recovery' untuk muka dan tubuh badan. Kesian kena kerah teruk sepanjang minggu exam. 


Mata jangan tanya lah memang konfem dah macam panda. Jerawat pulak tiba-tiba subur betul naik kat muka nie. Lepas satu, satu tumbuh. Patah tumbuh hilang berganti maybe? Hahaha. Kulit pulak dah teruk sunburn berjemur tengah panas kat sana. Haihhhh. Kena bertindak mulai sekarang dah nie. Jom??!  :)







P/s : Makan tetap makan. Heee. (^_^)