05 August 2013

Mood Raya...


Salam!


Pejam celik pejam celik bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujung dan bulan Syawal bakal muncul. Sekejap je masa berlalu.


Dalam sibuk mengejar ibadah pada 10 malam terakhir, pasti semua orang turut sibuk dengan persiapan hari raya. Aku pun tidak terkecuali. Hehehe.


Bagi aku, persiapan hari raya pada tahun nie agak huru-hara. Tak tau kenapa. Tapi rasanya macam semua benda aku buat serba tak kena. Terutama sekali bab baju raya lah. Baju raya aku beli je tahun nie. Tapi nak jumpa baju raya untuk aku gilosss punya susah. Hahaha. Dari segi saiz lah terutamanya.


Mostly baju yang aku nak beli takda saiz aku. Kalau ada saiz pun, warna or pattern aku tak berkenan. Demand. Hahaha. Aku nie muat pakai saiz budak-budak ja sebenar nya. Hahahahaha. Apa-apa pun. Terima kasih sangat lah kepada "shopping partner / partner in crime" aku sebab tak jemu teman aku ke sini ke sana. ilebiu. Hahaha.





Dah setel pasal baju raya. Nak cari tudung pulak. Haihhhh. Sebab tue lah jangan tanya kenapa perempuan shopping lama! Hahaha. Tapi aku nasib baik lah tahun nie tak berniat pun nak beli kasut raya, handbag raya dan sebagainya lagi. Sebab tahun nie aku dah ada kesedaran sikit untuk berjimat cermat. Hehehe.


Bagi aku, keseronokkan berhari raya dah tak macam dulu-dulu. Dulu meriah dengan sepupu sepapat duk main mercun depan rumah, pasang pelita keliling rumah. Tapi sekarang bila semua dah dewasa, keseronokkan semua tue dah takda. Lenyap seiring masa. Tapi yang tak pernah lenyap cuma lampu lip lap ja lah. Tiap-tiap tahun wajib pasang. Heee.







P/s : Cerita persiapan raya korang macam mana? :)





0 comments: