02 December 2013

"Hilang"..


Salam!






Ya Allah, lama betul aku tak update blog. Semester nie aku sibuk sangat sampai tak teringat langsung nak update blog. Serius aku lupa sampai lah satu hari tue ada seseorang tanya pasal blog nie. Terus rasa macam orang yang baru pulih dari penyakit hilang ingatan. Hamaigaddddd. Teruk betul aku nie.


Selama aku "hilang" untuk beberapa bulan nie, banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Pahit manis suka duka semua aku alami. Sampai satu tahap, aku macam tak mampu nak hadapi semua nie. Tapi nasib baik aku masih ingat Allah. Aku yakin apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.


Aku bersyukur, tatkala aku jatuh, aku masih ada family, kawan-kawan dan si dia yang banyak bagi aku sokongan dan nasihat. Terima kasih semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. :')


Pejam celik pejam celik. Tinggal sebulan saja lagi aku akan hadapi final exam untuk semester nie. Semoga aku kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang. Saat-saat terakhir macam nie lah segala assignment, lab report dan jugak projek nak kena submit. Sobssss.


Sekararang dah masuk bulan Disember. Aku rasa macam cepat betul masa berlalu. Masa berlalu pantas, orang pun boleh berubah dengan pantas kan? Jika berubah ke arah kebaikan, Alhamdulillah syukur. Tapi jika berubah ke arah kejahatan, masih ada masa untuk mengubahnya kembali. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan yang terbaik ya? 


Sampai sini saja bebelan aku yang telah beberapa bulan "hilang" nie. Hahaha. InsyaAllah lepas nie aku tak "hilang" lagi. Heeee.  :)




3 comments:

artiirhamna said...

takpa lah lupa blog, kan sibuk, saya pernah juga sibuk sangat sampai tadak ngeblog lagi :) sekarang pun macam mulai dari awal lagi nak blogging

Nora Karim said...

good luck untuk final nanti ya..:D

TUNASYA said...

@Nora Karimterima kasih kak... :)